Sebelum bertukar telco, anda perlu tahu bukan sahaja kelebihan, tetapi juga kekurangan. Artikel ini menilai kelebihan simkad Eastel secara jujur, berdasarkan fakta pelan yang disemak, supaya anda boleh memutuskan sama ada ia sesuai untuk anda.
Apa Itu Eastel?
Eastel ialah penyedia perkhidmatan mudah alih prabayar (MVNO) milik Anchor Communications Sdn Bhd. Sebagai MVNO, Eastel tidak membina menara sendiri, tetapi menawarkan talian 5G dan 4G melalui perjanjian akses borong dengan rangkaian rakan kongsi.
1. Kuota Besar Pada Harga Rendah
EZ35 (RM35, 30 hari) memberikan 200GB data berkelajuan tinggi dan 100GB hotspot. Bagi kebanyakan pengguna harian, jumlah ini lebih daripada mencukupi untuk media sosial, video, navigasi dan kelas atau meeting online.
2. Kuota GB Yang Jelas Dan Carry Forward
Eastel menyatakan jumlah data berkelajuan tinggi secara terus, bukan "unlimited" dengan syarat tersembunyi. Bagi pelan bulanan, baki data boleh dibawa ke kitaran seterusnya sekali sahaja, dengan syarat baki kredit mencukupi untuk pembaharuan automatik pelan. Baca penjelasan kuota Eastel.
3. Hotspot Dibenarkan
Semua pelan EZ membenarkan hotspot: EZ35 dengan 100GB berasingan, EZ50 ke atas dengan hotspot penuh. Ini kelebihan besar berbanding pelan yang menghadkan hotspot kepada beberapa GB sahaja.
4. Roaming Untuk Negara Jiran (EZ50 Ke Atas)
EZ50 (3GB), EZ68 (5GB) dan EZ98 (10GB) termasuk data roaming untuk Indonesia, Singapura dan Thailand. Berguna untuk yang kerap berulang-alik ke Singapura atau bercuti di negara jiran. Lihat panduan roaming Eastel.
5. Tiada Kontrak, Boleh Kekal Nombor Lama
Pelan prabayar tanpa kontrak, dan anda boleh pindahkan nombor sedia ada (MNP) dari telco lain.
6. Urus Semua Dalam Aplikasi
Langganan pelan, tambah nilai, semakan baki dan MNP diurus melalui aplikasi Eastel, tanpa perlu ke kedai.
7. Program Insentif Eastelpreneur (Pilihan)
Pengguna berumur 18 tahun ke atas boleh menerima insentif apabila keluarga atau rakan yang dirujuk tambah nilai (13% L1, 3% L2, 8% L3). Ini pilihan; anda boleh menggunakan Eastel sebagai simkad biasa. Hasil tidak dijamin dan tertakluk kepada T&C Eastel.
Kekurangan Yang Perlu Anda Tahu
- Liputan bergantung kepada kawasan. Di kawasan tanpa 5G, talian menggunakan 4G, dan isyarat di dalam bangunan berbeza. Semak liputan dahulu.
- EZ35 tiada roaming. Jika kerap ke luar negara, anda perlukan EZ50 ke atas.
- Bukan unlimited. Pengguna yang heavy mungkin perlu pelan lebih tinggi atau pass tambahan.
- Semua urusan melalui aplikasi. Pengguna yang lebih selesa berurusan di kedai fizikal mungkin perlukan bantuan; jika membeli melalui laman ini, saya boleh bantu di WhatsApp.
Patut Bertukar Ke Eastel?
Eastel sesuai jika anda mahukan kuota besar dan hotspot pada harga rendah, dan liputan di kawasan anda kukuh. Jika liputan di rumah atau tempat kerja anda lemah, atau anda perlukan roaming dengan EZ35, pertimbangkan semula. Baca juga review simkad Eastel dan senarai penuh pelan.
Mahu cuba Eastel? Starter pack RM10 dipos ke rumah, dan saya bantu di WhatsApp jika tersekat.
Dapatkan Simkad Eastel (RM10)



